KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis berpangkat koperal dikenakan hukuman denda keseluruhan RM4,000 atas tiga pertuduhan alternatif menerima wang sebagai dorongan tidak menahan suspek kes dadah. Azizol Affendi Rusli, 36, dijatuhkan itu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman. Mengikut pertuduhan alternatif pertama, Azizol sebagai penjawat awam didakwa menerima wang RM800 melalui pemindahan dalam talian ke akaun bank milik isterinya pada 12…










