GEORGE TOWN: Kontraktor yang terlibat dalam pembinaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara di Pulau Pinang diarah supaya sentiasa bersedia melaksanakan pelan mitigasi bagi mengelakkan berlakunya kesesakan trafik yang serius di kawasan tapak pembinaan LRT berkenaan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu penting memandangkan kerja-kerja pembinaan yang kini semakin rancak berjalan termasuk di kawasan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dengan kemasukan jentera berat ke…










