KKM sasar haramkan vape isi cecair secara manual

KKM sasar haramkan vape isi cecair secara manual

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan pengharaman sepenuhnya penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape jenis sistem terbuka (open pod system) susulan penyalahgunaan cecair vape yang didapati mengandungi bahan terlarang termasuk dadah sintetik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, vape sistem terbuka mudah dimanipulasi kerana membolehkan pengguna mengisi cecair secara manual, sekali gus membuka ruang kepada penyalahgunaan pelbagai bahan terlarang.

Katanya, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada pendekatan tegas KKM di bawah agenda kesihatan awam dan etika, selaras dengan pendirian kementerian yang tidak akan berkompromi dalam isu rokok dan vape.

“Pendirian saya kekal, tiada kompromi. Penguatkuasaan penuh adalah tanggungjawab moral kita untuk melindungi generasi akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu KKM 2026, hari ini.

Beliau berkata, sasaran kementerian adalah untuk melaksanakan pengharaman penuh vape dengan sistem terbuka bermula seawal 2026, sebelum mempertimbangkan langkah-langkah seterusnya berdasarkan keberkesanan pelaksanaan dasar berkenaan.

Katanya, KKM telah memperoleh persetujuan awal berhubung cadangan tersebut dan akan membawanya ke Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat bagi mendapatkan keputusan dasar.

“KKM telah memperoleh persetujuan awal berhubung cadangan pengharaman vape sistem terbuka ini dan perkara tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat bagi mendapatkan keputusan dasar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN