Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Timbalan tiba di mahkamah untuk direman

Rasuah e-waste: Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Timbalan tiba di mahkamah untuk direman

KETUA Pengarah JAS dan TImbalan tiba di Mahkamah Majsitret Putrrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua PengarahJ abatan Alam Sekitar (JAS) dan timbalannya tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya, di sini bagi mendapatkan permohonan reman.

Kedua-dua mereka yang berpakaian lokap warna jingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta dalam keadaan tangan bergari tiba kira-kira pukul 9.30 pagi diiringi pegawai SPRM.

Mereka dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman susulan penahanan mereka oleh SPRM berkaitan siasatan isu pengurusan sisa elektronik (e-waste).

Media semalam melaporkan, kedua-dua mereka ditahan sekitar pukul 6.30 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, di sini.

Difahamkan, siasatan SPRM kini menumpukan kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki semalam mengesahkan penahanan kedua-dua suspek berkenaan dan disiasat di bawah peruntukan Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, SPRM berjaya mengesan aktiviti pengimportan e-waste secara haram, susulan risikan mendedahkan antara 2,000 hingga 3,000 kontena e-waste telah diseludup masuk ke negara ini melalui pelabuhan utama.

Malah, risikan terbaharu SPRM mendedahkan, warga asing disyaki menjadi dalang mengimport e-waste, plastik dan kertas secara haram untuk diproses bagi tujuan kitar semula.

Isnin lalu, dilaporkan sebanyak 16 akaun bank dibekukan membabitkan nilai kira-kira RM10.2 juta selain wang tunai bernilai RM87,000 dan barang kes bernilai kira-kira RM220,000 disita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN