ALOR SETAR: Kes saman fitnah pemilik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar terhadap Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Muhamad Mat Yakim diteruskan. Ia selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan dalam proses mediasi di Mahkamah Alor Setar, hari ini. Peguam Mohd. Daud selaku plaintif, Ashraf Sohaimi berkata, prosiding kes berkenaan bermula Julai depan dengan tarikh yang akan ditentukan mahkamah kelak. “Mediasi tidak berjaya dan kes ini…










