PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada kertas siasatan dibuka berhubung laporan dibuat usahawan kosmetik, Mohd. Safiuddin Ilias yang mendakwa kerugian mencecah RM38 juta akibat ditipu beberapa individu yang dikatakan melakukan pecah amanah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, kesemua laporan diklasifikasikan sebagai ‘Rujuk Agensi Lain’ (ROA). “Setakat ini kami menerima sembilan laporan yang dibuat oleh penama berkenaan tetapi tiada kertas siasatan…








