KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil langkah tegas membekukan sementara semua keputusan perolehan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan siasatan berjalan tanpa gangguan serta memberi ruang penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan.. Beliau berkata, kerajaan tidak mencampuri urusan penyiasatan namun tindakan menyeluruh perlu diambil bagi menutup sebarang kelompongan sistem…










