PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 akan dikeluarkan pada 5 Februari iaitu pada Khamis ini. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 4,443 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 135 buah pusat peperiksaan seluruh negara. Katanya, calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi pada tarikh tersebut. “Bagi calon persendirian, calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk…








