Kegagalan brek, pemanduan punca tragedi bas pelajar UPSI

Kegagalan brek, pemanduan punca tragedi bas pelajar UPSI

KEMALANGAN bas persiaran yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 9 Jun 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kegagalan sistem brek dan tindakan pemanduan dikenal pasti sebagai punca kemalangan maut melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sehingga meragut 15 nyawa di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (Jeli-Gerik), tahun lalu.

Menurut laporan akhir pasukan petugas khas siasatan tragedi itu, bas didapati dipandu pada kelajuan melebihi had selamat laluan. 

Katanya, sistem brek bas itu terjejas akibat perubahan bentuk dan kehausan pada dram brek belakang sebelah kiri, selain pencemaran gris atau minyak pada pelapik brek serta ketidakseragaman komposisi bahan pelapik.

“Keadaan ini telah mengurangkan daya geseran brek dan mempercepatkan berlakunya fenomena brake fade (kemerosotan fungsi brek akibat haba),” menurut laporan berkenaan.

Laporan itu menyatakan penggunaan brek secara agresif pada kelajuan tinggi menyebabkan peningkatan suhu komponen brek secara mendadak, seterusnya memburukkan degradasi haba dan mengurangkan keberkesanan sistem brek secara progresif sehingga membawa kepada kemalangan.

“Gabungan kegagalan brek dan kelajuan berlebihan ini menyebabkan bas hilang kestabilan, tergelincir dan terbalik.

“Semasa kejadian tersebut, bas menghentam penghadang w-beam yang kemudiannya menembusi ruang kabin bas, mengakibatkan kecederaan parah serta kematian dalam kalangan penumpang,” menurut laporan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN