Kecekapan imigresen cerminan imej Malaysia di mata dunia

Kecekapan imigresen cerminan imej Malaysia di mata dunia

SAIFUIDDIN Nasution Ismail ketika merasmikan Oriental Kopi di KLIA. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan kecekapan dan kualiti perkhidmatan imigresen di pintu masuk negara penting bagi menentukan imej Malaysia di mata dunia.

Menurutnya, beliau mengakui pengalaman pelawat asing bermula seawal mereka menjejakkan kaki di pintu masuk negara khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Sekiranya pengalaman di kaunter imigresen tidak memuaskan, ia secara tidak langsung akan menjejaskan reputasi negara meskipun Malaysia mempunyai pelbagai tarikan lain.

“Justeru Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban memainkan peranan pentingnya di sini (KLIA),” katanya ketika berucap pada majlis pembukaan rasmi Oriental Kopi di KLIA, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai berkongsi maklum balas positif diterima daripada pelabur dan pemilik restoran antarabangsa, Smiths Holinski, mengenai kelancaran proses di pintu masuk negara.

Katanya, jika pengalaman individu untuk melepasi kaunter imigresen itu tidak bagus, maka imej Malaysia tidak cantik.

Saifuddin berkata, beliau sempat bertemu dengan pemilik Smiths Holinski semalam dan individu itu berkongsi pengalaman memasuki pintu masuk negara.

“Pemilik Smiths memaklumkan pengalaman itu sangat baik dan lancar. Saya sangat gembira mendengar maklum balas itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN