DUNGUN: ‘Aku nak duit!’ Demikian jeritan suspek terhadap seorang lelaki warga emas dan isterinya dalam kejadian cubaan samun di Kampung Pinang Merah, Paka, di sini, hari ini. Kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu mengakibatkan Roslan Sidek, 62, mengalami empat kecederaan kesan luka hirisan di bahagian belakang badan ekoran dilibas pisau dan luka di bahagian dagu kiri ketika bergelut dengan penjenayah berkenaan di rumahnya. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul…










