KOTA TINGGI: Kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai di sini semakin membimbangkan apabila keluasan kawasan terjejas meningkat kepada kira-kira 12 hektar berbanding 5.3 hektar, semalam. Situasi didorong cuaca panas kering serta tiupan angin yang berterusan, sekali gus menyukarkan usaha pemadaman dan menyebabkan kebakaran terus merebak ke beberapa kawasan baharu. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Muhamad Sabri Ramli berkata, setakat ini kira-kira 20 peratus atau dua…










