JOHOR BAHRU: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku keempat tahun lalu dijangka akan menunjukkan pertumbuhan positif berdasarkan beberapa indikator ekonomi semasa. Bagaimanapun, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, pihaknya akan menunggu pengumuman rasmi Jabatan Perangkaan sekali gus mengetahui prestasi KDNK negara tahun lalu. Beliau berkata, sentimen awal terhadap prestasi ekonomi negara menunjukkan pertumbuhan positif sekali gus membuktikan ekonomi negara berada pada landasan yang baik. Tambahnya, pada masa sama,…










