Jurujual tidak mengaku berpakaian, berkelakuan menyerupai wanita 

Jurujual tidak mengaku berpakaian, berkelakuan menyerupai wanita 

MOHD. Lukman Mohamad Aludin (tengah) semasa dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang jurujual  lelaki sebuah kedai permainan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini hari ini, atas pertuduhan berpakaian dan menyerupai wanita, tahun lalu.

Mohd. Lukman Mohamad Aludin, 33, membuat pengakuan itu sebaik sahaja kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Hamidi Shafie.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memakai pakaian dan berkelakuan seperti perempuan. Perbuatan itu didakwa dilakukan Mohd. Lukman di tempat kerjanya di tingkat empat, KTCC Mall di sini pada pukul 4 petang, 12 Mei 2025.

Dia didakwa mengikut Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Mohd. Lukman dibebaskan dengan wang jaminan RM3,000 dan dua penjamin. Sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Februari ini.

Sementara itu, Mohd. Lukman yang tidak berpuas hati menunjukkan isyarat lucah terhadap pengamal media yang membuat liputan sewaktu keluar dari kamar mahkamah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×