KUALA TERENGGANU: Seorang jurujual lelaki sebuah kedai permainan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini hari ini, atas pertuduhan berpakaian dan menyerupai wanita, tahun lalu. Mohd. Lukman Mohamad Aludin, 33, membuat pengakuan itu sebaik sahaja kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Hamidi Shafie. Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memakai pakaian dan berkelakuan seperti perempuan. Perbuatan itu didakwa dilakukan Mohd. Lukman di tempat kerjanya di tingkat empat, KTCC…










