JOHOR BAHRU: Mana-mana pihak yang didapati menjual tapak lot perniagaan Bazar Ramadan di bawah kelolaan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan dikenakan tindakan tegas termasuk disenarai hitam bagi permohonan tahun berikutnya. Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad berkata, pihaknya akan menjalankan pemantauan bagi memastikan tiada salah guna tapak bazar sepanjang tempoh penganjuran tahun ini. “Sekiranya didapati terdapat peniaga melanggar peraturan, tindakan akan diambil termasuk kemungkinan disenarai hitam yang…









