PUTRAJAYA: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah diberi mandat merangka rancangan taktikal dan operasi bagi menjayakan bidang pendidikan. Inisiatif itu merupakan antara tujuh Teras Strategik dalam Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035, demi memastikan sistem pendidikan yang inklusif, dinamik dan relevan serta mengoptimumkan potensi setiap murid. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, JPN dan PPD perlu meneliti kekuatan, kelemahan, peluang dan…










