PETALING JAYA: “Kehilangan besar buat diri.”
Demikian luahan anak Allahyarham Aziz Desa, Zharif Zhafri yang mengenang pemergian bapanya 10 tahun lalu.
Zharif menerusi Threads, menganggap kehilangan bapa sebagai ketentuan yang mencorakkan kehidupannya hari ini.
“27 Disember, 2025 genap 10 tahun pemergian ayahanda. Kehilangan besar buat diri kerana ia banyak mencorak perjalanan aku hari ini, tanpa bimbingan dan nasihat dari seorang ayah.
“Aku pasti jika dia masih ada, pasti perjalanan aku berbeza dan tidak seliku ini,” tulisnya.
Dalam masa sama, penyampai berita berusia 32 tahun itu memohon netizen mendoakan kesejahteraan arwah bapanya.
“Aku tak tahu berapa lama aku mampu bertahan untuk pikul legasinya dan berpegang kepada nasihatnya “.. sentiasa berguna kepada agama, bangsa dan negara.”
“Apapun, hadiahkan surah al-Fatihah untuk allahyarham ayahanda saya. Terima kasih,” tulisnya lagi.










