ARAU: Penyediaan 5,000 penginapan tambahan untuk mahasiswa dalam Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 adalah langkah tepat ketika hampir 40 peratus pelajar universiti awam menginap di luar kampus berikutan kapasiti kolej kediaman tidak mencukupi. Pengerusi Majlis Perumahan Universiti Awam (MAPUM), Profesor Mohd. Mustafa Al Bakri Abdullah berkata, inisiatif tersebut yang turut memastikan yuran penginapan tidak membebankan mampu meringankan beban pelajar. Katanya, pada peringkat awal pelaksanaan, lima universiti awam yang dikenal pasti…










