Isma Aliff meninggal dunia - Utusan Malaysia

Isma Aliff meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular era 80-an, Isma Aliff meninggal dunia pada usia 61.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya dekat Kampung Melayu Ampang, di sini.

Khabar duka itu disahkan adiknya, Angah yang memaklumkan Allahyarham pergi menemui pencipta sekitar pukul 8.30 pagi tadi.

“Arwah sudah lama sakit. Cuma kesihatannya merosot sejak seminggu lalu,” katanya.

Isma atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail pernah mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru serta diserang angin ahmar pada 2023.

Arwah mencipta nama menerusi filem Mawar Merah dan Marah-Marah Sayang pada 1982.

Isma juga dikenali menerusi filem Kembar Siam yang turut dibintangi Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau Mr. Os dan Ziela Jalil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN