Idea Live Arena nafi kenyataan penganjur konsert, dakwa berniat jahat - Utusan Malaysia

Idea Live Arena nafi kenyataan penganjur konsert, dakwa berniat jahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak pengurusan lokasi, Idea Live Arena, menafikan dakwaan penganjur konsert Pentas RadjaWali Live in Malaysia mengatakan pihaknya melakukan penutupan sistem bunyi secara tiba-tiba ketika konsert.

Pihak Idea Live Arena, menyifatkan kenyataan yang dikeluarkab penganjur iaitu Impian Al Fateh Sdn Bhd bersama GIS Entertainment & Events dan Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events) sebagai berniat jahat.

“Kami dengan tegas menafikan dan menolak kesemua dakwaan tersebut, yang adalah tidak benar, mengelirukan, berniat jahat serta tidak mempunyai sebarang asas fakta atau undang-undang.

Kenyataan-kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan jelas bertujuan untuk mengelirukan orang awam serta mencemarkan reputasi kami,” tulis mereka menerusi hantaran di media sosial.

Susulan itu, pihak mereka sedang mendapatkan nasihat undang-undang terhadap penganjur.

“Kami akan membuat pengumuman lanjut sekiranya perlu dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sebagaimana dinasihatkan,” tulis mereka.

Terdahulu, Penganjur konsert Pentas RadjaWali Live in Malaysia mendedahkan pihaknya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap premis acara Idea Live Arena.

Pihak pengurusan lokasi itu didakwa penutupan sistem bunyi secara tiba-tiba ketika konsert berlangsung pada 10 Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN