Hasil laut Pangkor tarik kehadiran pelancong

Hasil laut Pangkor tarik kehadiran pelancong

NORFATEEN Nabeela Mohd. Razali menunjukkan ikan bilis dijual di kedainya di Lumut, Perak.-UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Hasil laut dari Pulau Pangkor terutama ikan bilis mata biru menjadi pilihan pelancong untuk dibawa pulang selepas bercuti semasa musim cuti sekolah di Lumut dan Pulau Pangkor.

Seorang peniaga hasil laut di pekan Lumut, Norfateen Nabeela Mohd Razali, 34, berkata, jualan hasil laut di kedainya di sini meningkat susulan kedatangan pelancong semasa musim cuti sekolah ini.

Menurutnya, ikan bilis mata biru paling laris selain pelbagai jenis hasil laut lain seperti keropok, sotong dan ikan masin hasil tangkapan nelayan dari Pulau Pangkor.

“Saya bersyukur kerana jualan hasil laut meningkat berikut kehadiran pelancong yang ramai semasa musim cuti sekolah ketika ini.

“Ramai yang membeli ikan bilis mata biru untuk dibawa pulang. Harga bilis mata biru pelbagai ada antara RM45 hingga RM50 bagi 500 gram, mengikut gred dan kualiti.

“Ramai pelancong tempatan dan asing beli. Malah ada peniaga minta hantar dengan pos setiap bulan untuk mereka jual. Biasanya ikan bilis mata biru dibuat goreng atau sambal ikan bilis untuk nasi lemak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Norfateen Nabeela berkata, dia mula menjual hasil laut di sebuah kedai papan di sini pada 2020 dengan modal sebanyak RM3,000 dan kini sudah mempunyai bangunan.

Jelas anak jati kampung Tersusun Pundut, Lumut itu, usahanya memajukan perniagaan warisan keluarga itu tidak sia-sia kerana produk hasil laut khususnya ikan bilis mata biru mendapat sambutan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×