Hari-hari saya tengok podcast Rafizi - Shahidan

Hari-hari saya tengok podcast Rafizi – Shahidan

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengajak semua pemimpin kerajaan dan pembangkang bersatu dan menjauhi permusuhan.

Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu berkata, pemimpin tidak boleh mengamalkan sikap buruk sangka, sebaliknya mencari cara untuk merapatkan hubungan dan mengelak punca pergaduhan.

Kata beliau, sekiranya perkara itu dapat direalisasikan maka semua pemimpin akan sentiasa diingati oleh rakyat sebagai pemimpin yang baik dan dihormati.

“Saya tidak mahu bergaduh dengan semua orang ini, kenapa mesti buruk sangka? Macam Pandan (Datuk Seri Rafizi Ramli), hari-hari saya tengok podcast dia, saya tengok semua sebab saya menghargai, dia cerita bagi saya benar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Mengulas mengenai sistem pendidikan kebangsaan, Shahidan berkata, ia perlu dilihat sama ada peperiksaan itu menjurus kepada perpaduan ataupun tidak.

“Kita kena kaji semula sistem pendidikan yang ada, adakah ia boleh menyebabkan kasih sayang antara kita. We are Malaysian.

“Kita rakyat Malaysia mesti ada kasih sayang, bukan buruk sangka dan lain-lain lagi,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN