KANGAR: Hala tuju UMNO khususnya soal kerjasama dengan DAP di dalam Kerajaan Perpaduan antara yang dijangka dibangkitkan akar umbi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 bermula hari ini. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Saiful Fariddil Jasmi berkata, selain itu, beliau turut menjangkakan akar umbi akan menuntut penjelasan daripada kepemimpinan mengenai hala tuju parti di dalam Kerajaan Perpaduan. Katanya, akar umbi juga sudah pasti mahu melihat pengukuhan UMNO untuk kembali menjadi…










