PETALING JAYA: Bangsa Melayu Islam wajib diberikan hak untuk memimpin negara ini yang merupakan sebahagian daripada realiti politik. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, realiti itu bukan sekadar modal politik sebagaimana hujah oleh mereka yang jahil politik dan kalangan yang menafikannya. Katanya, ilmu politik Islam secara khusus meletakkan peranan bangsa dalam politik mengikut syariat yang menepati fitrah manusia. “Hal ini sebagaimana para anbia memulakan dakwah kepada kaum masing-masing…










