ALOR SETAR: Cadangan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri setakat 10 tahun atau dua penggal seperti diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya dipertimbangkan sehingga 15 tahun atau tiga penggal. Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan had dua penggal itu dilihat berprinsip dan berasas khususnya untuk mengelakkan budaya kuasa berpanjangan. “Namun, saya berpandangan bahawa tempoh 15 tahun atau tiga penggal adalah lebih realistik dan seimbang, selagi ia disertai…










