GV12: Tiada sebab gugurkan Nubhan

GV12: Tiada sebab gugurkan Nubhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nubhan layak berada dalam Gegar Vaganza 12 (GV12) meskipun ramai pihak memboikot penyanyi tersebut gara-gara isu peribadinya.

Pengurus saluran Astro Ria, Idlan Zahari, Nubhan setakat ini tidak melanggar syarat ditetapkan justeru katanya tiada sebab untuk menggugurkan penyanyi berkenaan daripada pertandingan berkenaan.

“Kami ambil maklum keprihatinan penonton terhadap peserta lebih-lebih lagi mengenai isu peribadi mereka. Nubhan bagaimanapun tidak melanggar sebarang peraturan.

“Kerana itu, Sebagai peserta dia layak terus berada dalam GV12,” katanya.

Nubhan pada konsert minggu ke-10 semalam menduduki tempat kedua selepas berjaya mencuri hati juri ketika menyampaikan lagu Masih Aku Terasa yang dipopularkan kumpulan Gersang.

Menurut Idlan lagi, pihak produksi tidak berhak mencampuri urusan peribadi peserta GV12 kerana hal itu tidak ada kena mengena dengan mereka.

“Kami bertanggungjawab memastikan persembahan terbaik setiap minggu. Manakala isu peribadi peserta adalah di luar kawalan kami,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN