PETALING JAYA: Kerajaan perlu memanfaatkan bangunan-bangunan kosong yang tidak lagi digunakan dengan menjadikannya sebagai kolej atau asrama pelajar bagi menangani masalah kekurangan tempat tinggal dalam kalangan mahasiswa, khususnya di bandar utama. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd. Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, pihaknya menyokong inisiatif tersebut sebagai salah satu penyelesaian kepada isu penginapan pelajar. “Dari aspek keselamatan, MBM menegaskan bahawa pematuhan piawaian keselamatan, kebakaran, struktur bangunan dan kawalan akses mesti…










