PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali membuat laporan polis berhubung gangguan kritikal bekalan air di Kinarut dan Kawang, Papar di Sabah dipercayai berpunca daripada unsur sabotaj terhadap infrastruktur utiliti awam. Ahli Parlimen Papar itu berkata, laporan itu dibuat susulan dapatan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) mengesan berlaku ‘gangguan’ ke atas injap pintu air (sluice valve) di dua pam penggalak (booster pump) yang…










