KUALA LUMPUR: Empat ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak bersetuju dengan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS). Fathul Huzir Ayob (PN-Gerik) berkata, beliau bersama tiga lagi ahli Parlimen pembangkang sudah memfailkan saman pemula terhadap Anwar dan kerajaan Persekutuan pada 19 Januari lalu. Katanya, tindakan itu bukan bersifat politik tetapi ingin memastikan kedaulatan Malaysia dan Perlembagaan…










