SEREMBAN: Seorang ibu dan anak perempuannya maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta dalam nahas di Kilometer 10 arah selatan Lebuhraya Seremban–Port Dickson di sini tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu, mangsa yang maut ialah wanita berusia 40 tahun dan anak perempuannya berumur 14 tahun, manakala seorang lagi anak lelaki berusia 12 tahun…










