MELAKA: Tindakan seorang pemuda memeriksa bau busuk yang disangkanya bangkai kucing membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dalam sebuah kereta di parkir Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, tengah hari tadi. Kejadian itu disedari Khairul Ikhwan Abdol Sham, 24, kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika selesai menjamu selera di sebuah restoran berhampiran. Katanya, dia terhidu bau yang kuat semasa menghampiri sebuah kereta Nissan Almera yang diparkir dalam…










