GEORGE TOWN: Individu sengaja membuang sampah sepanjang sambutan Thaipusam akan dikenakan tindakan kompaun antara RM250 hingga RM500 mengikut Seksyen 47(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk A. Rajendran berkata, penguatkuasaan akan dilaksanakan secara serius, meskipun pendekatan awal yang diambil bersifat pendidikan bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan menjaga kebersihan. Katanya seramai sembilan pegawai penguat kuasa akan ditempatkan bagi melaksanakan pemantauan bermula 31…










