Dengan tema “Memperkasa Komuniti Selamat dan Lestari”, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Hari Komuniti MyPLUS bagi tahun ke-9 memberi manfaat kepada 138,255 ahli komuniti secara keseluruhan di sepanjang lebuh raya kendalian Dengan tema “Memperkasa Komuniti Selamat dan Lestari”, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Hari Komuniti MyPLUS bagi tahun ke-9 memberi manfaat kepada 138,255 ahli komuniti secara keseluruhan di sepanjang lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS)
Sejak program tersebut dianjurkan pada tahun 2013 Program Hari Komuniti MyPLUS telah dirasmikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Bukit Kuda, Klang yang disempurnakan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Sebanyak 25 lokasi projek di seluruh negara telah dipilih merangkumi kerja-kerja penambahbaikan kawasan komuniti seperti di sembilan buah sekolah, klinik kesihatan, pusat komuniti, taman rekreasi, kawasan pantai dan lain-lain lokasi yang berdekatan dengan jajaran Lebuhraya PLUS.
Buat julung kalinya pada tahun ini, Hari Komuniti MyPLUS turut melibatkan lima buah Sekolah Angkat MADANI (SAM) iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Bukit Kuda di Selangor; Sekolah Kebangsaan Khir Johari di Kedah; Sekolah Kebangsaan Perlok di Perak; Sekolah Menengah Kebangsaan Buluh Kasap di Johor dan Sekolah Kebangsaan Bukit Besi di Terengganu.
Program tersebut juga berjaya menyantuni 51,431 orang komuniti di sepanjang jajaran lebuh raya kendalian PLUS termasuk di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Daripada jumlah tersebut, lebih daripada 4,081 orang pelajar dan warga pendidik daripada lima buah Sekolah Angkat Madani di bawah kendalian PLUS telah terlibat dan menerima manfaat daripada pelaksanaan inisiatif CSR ini.
Amir Hamzah berkata, program tersebut menyaksikan satu lagi hasil daripada usahasama yang strategik antara kerajaan, syarikat swasta dan masyarakat setempat untuk menyumbang kepada sahsiah anak-anak kita. Inisiatif SAM merupakan pendekatan baharu kerajaan menerusi Kementerian Kewangan.
Turut hadir pada program ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Dr. Khairus Masnan Abdul Khalid; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir. Mohd Hadzmir Yusoff; Pengerusi PLUS, Datuk
Mohamad Nasir Ab. Latif; Lembaga Pengarah PLUS dan Pengarah Urusan UEM Group
Berhad, Datuk Amran Hafiz Affifudin.
Yang turut hadir Naib Canselor Universiti Teknologi Mara )UiTM) , Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin; Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar; Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Selangor, Mohd Idrus Arifin; Pengetua SMK (P) Bukit Kuda, Roslinda Ahmad; serta pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Kerjaraya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM )dan PLUS.
Sebanyak 25 lokasi projek di seluruh negara telah dipilih merangkumi kerja-kerja penambahbaikan kawasan komuniti seperti di 9 buah sekolah, klinik kesihatan, pusat komuniti, taman rekreasi, kawasan pantai dan lain-lain lokasi yang berdekatan dengan jajaran
Lebuhraya PLUS. – UTUSAN










