PETALING JAYA: Individu yang didapati memberi nasihat agama tanpa tauliah, mengelirukan hukum syarak serta mengganggu proses kehakiman syariah boleh dihukum penjara dan denda, mengikut enakmen kesalahan jenayah syariah negeri masing-masing. Selain itu, individu yang menggunakan khidmat penasihat perceraian atau ‘coach cerai’ juga boleh dikenakan tindakan. Mufti Pulau Pinang, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman berkata, penggunaan orang tengah dalam urusan rumah tangga dikhuatiri mendorong pasangan kepada perceraian secara mudah,…










