KUALA LUMPUR: Semua perasuah terutamanya dalam perkhidmatan awam hendaklah terus diburu dan dikenakan tindakan undang-undang. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim juga mahu kerajaan menyediakan hakim yang berpengalaman, selain laluan khas di mahkamah supaya perbicaraan kes rasuah dapat diselesaikan segera. Sultan Ibrahim bertitah, rasuah merupakan musuh utama kepada pelbagai perkara termasuk hal-hal melibatkan pembangunan negara. “Tahun ini merupakan permulaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat, khususnya dalam…










