PETALING JAYA: Bursa Malaysia dijangka mencapai 1,800 mata pada penutup Jumaat ini disokong minat belian dalam kalangan pelabur institusi serta pelabur runcit dengan sektor perbankan menjadi tumpuan minggu ini. Semalam, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 27.18 mata atau 1.56 peratus untuk ditutup pada 1,771 mata. Profesor Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Mohd. Rizal Palil berkata, jangkaan itu mampu dicapai sekiranya aktiviti belian…










