KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki warga Nigeria atas pertuduhan membunuh cucu lelaki tirinya, enam tahun lalu. Hakim K Muniandy memutuskan hukuman itu terhadap tertuduh, Ibekwe Emeka Augustine, 48. Mengikut pertuduhan, Augustine didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian cucu tirinya berusia empat tahun di sebuah unit di apartment di Setapak antara pukul 7.45 pagi hingga 8.15 pagi pada 29 November 2020. – UTUSAN Berita lanjut…









