Bookie pertaruhan haram lumba kuda ditahan

Bookie pertaruhan haram lumba kuda ditahan

FADIL MARSUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas dipercayai bookie pertaruhan haram lumba kuda Hong Kong ditahan polis dalam serbuan di perkarangan sebuah premis restoran di Jalan Pudu, di sini, petang semalam.

Serbuan dan tangkapan itu dijalankan oleh pasukan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Gengsterisme (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek berusia 60-an itu ditahan ketika sedang menguruskan aktiviti pertaruhan lumba kuda secara haram di lokasi berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati suspek yang juga merupakan pelanggan premis kedai makan menggunakan lokasi tersebut untuk mempromosi, menganjur dan menguruskan pertaruhan haram bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Pemeriksaan lanjut ke atas suspek menemukan beberapa barangan dipercayai digunakan bagi aktiviti perjudian, antaranya sebuah telefon bimbit, buku catatan pertaruhan serta wang tunai berjumlah kira-kira RM7,000 yang dirampas.

“Siasatan awal mendapati kegiatan pertaruhan haram ini telah aktif sejak lebih kurang setahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek menjalankan aktiviti pertaruhan tanpa lesen dan memperoleh keuntungan secara haram dengan menyasarkan pelanggan dalam kalangan warga tempatan sekitar kawasan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN