KULIM: Seorang bekas tenaga pengajar sebuah maahad tahfiz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang pelajar, tahun lalu. Tertuduh, Muhammad Abdullah Abu Bakar, 26, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah. Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang pelajar berusia 11 tahun di asrama pusat tahfiz di Sungai Kob, kira-kira…










