Bekas Panglima Angkatan Tentera tiba di mahkamah - Utusan Malaysia

Bekas Panglima Angkatan Tentera tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini berhubung kes pecah amanah dan salah guna kuasa dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mohd. Nizam tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 8.20 pagi.

Dia yang hadir bertongkat dilihat memasuki pekarangan mahkamah dengan diiringi beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini, SPRM mengesahkan pihaknya memperoleh izin daripada Peguam Negara untuk mendakwa Mohd. Nizam susulan siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam ATM.

Mohd. Nizam akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 susulan siasatan salah guna kuasa dan siasatan membabitkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan satu pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN