JEMPOL: Seorang lelaki ditahan selepas dia disyaki memaksa anaknya mencuri di beberapa premis perniagaan sekitar Bahau dan Batu Kikir di sini. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, terlebih dahulu anaknya yang berusia 10 tahun itu telah ditahan kerana didapati mencuri satu paket produk serbuk kopi di sebuah pasar raya di Bahau pagi tadi. Menurutnya, penyelia pasar raya itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bahau sebelum suspek…







