GUA MUSANG: Seorang bapa dikhuatiri lemas selepas menyelamatkan anaknya yang hampir lemas semasa mandi di Sungai Lebir di sini, hari ini. Mohamad Fakarudin Abdul Halim@Awang, 40, sempat menyelamatkan anaknya yang hampir lemas sebelum dia sendiri tenggelam dan dihanyutkan arus deras. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan l Nik Mohd. Fakri Md. Nawi berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.04 petang berkaitan kejadian tersebut sebelum seramai lapan anggota dan dua jentera ke…










