GUA MUSANG: Selepas 20 jam hilang di Sungai Lebir di sini, seorang bapa yag cuba menyelamatkan anaknya daripada dihanyutkan arus deras ketika mahu mengambil selipar, ditemukan lemas hari ini. Mayat Mohamad Fakarudin Abdul Halim@Awang, 40, ditemukan pada pukul 12.27 tengah hari oleh Pasukan Penyelamat Di air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, mayat mangsa ditemukan pada jarak tiga meter…










