KUALA TERENGGANU: Bantuan awal persekolahan (BAP) berjumlah RM780 juta akan diagihkan kepada 5.2 juta pelajar bermula minggu ini. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Zainal Abas berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sudah menyalurkan bantuan itu kepada pengurusan sekolah dan boleh diagihkan kepada pelajar bermula esok. “Kita harap pihak sekolah boleh agihkan BAP bermula esok dan dijangka selesai minggu ini. Setiap pelajar mendapat RM150. Jika lima anak yang bersekolah, kelima-limanya layak…










