KUALA LUMPUR: Keanggotaan Angkatan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diperkasakan seiring perancangan pertahanan negara yang menyasarkan penyertaan 95,000 anggota bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan daya tahan pertahanan nasional. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (Mindef), Datuk Lokman Hakim Ali berkata, setakat 31 Disember 2025, seramai 36,610 anggota Angkatan Sukarela direkodkan, merangkumi 28,213 anggota Askar Wataniah, 5,419 anggota Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 2,978 anggota Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja…










