BESUT: Nasib pemandu teksi dan kereta sewa di Bandar Jertih di sini, ibarat nyawa-nyawa ikan apabila pendapatan mereka terjejas teruk sejak beberapa tahun lalu. Zulkifli Said, 55, berkata, situasi itu ekoran kesukaran mendapatkan penumpang, selain persaingan dengan perkhidmatan e-hailing serta bas henti-henti. “Jika dahulu dengan membawa teksi kami boleh menyara keluarga tetapi kini ia tidak dapat lagi jadikan sebagai sumber pendapatan utama. “Kini untuk mendapatkan satu trip perjalanan pun sukar,…










