PETALING JAYA: Sekitar 81 peratus bangunan di Gaza musnah akibat serangan rejim Zionis, menjadikan Bandar Gaza kawasan paling teruk terjejas, sementara rakyat terus kehilangan tempat perlindungan dan bantuan kemanusiaan. Eksekutif Penyelidik dan Advokasi Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nur Sabrina Suhaimi berkata, Israel terus melancarkan serangan udara dan laut ke atas semenanjung Gaza, menyasarkan beberapa daerah utama termasuk Jalan Salahuddin, al-Bureij, Khan Yunis, Rafah dan Al-Shujaiya. Katanya serangan menghancurkan kawasan kediaman…










