PETALING JAYA: Sebanyak 70 peratus penduduk dunia mengalami kulit sensitif disebabkan pencemaran, tekanan kronik, kualiti tidur rendah, pemakanan tidak seimbang serta keadaan iklim cuaca panas dan lembap di Malaysia. Pengurus Negara Galderma Malaysia, Cindy Tiu, berkata peningkatan masalah kulit sensitif menunjukkan keperluan mendesak terhadap penyelesaian berasaskan sains dermatologi. Katanya, produk Ceramide Repair Lotion ini direka khas untuk mereka yang mengalami kulit kering, gatal, dan iritasi dengan tujuan menguatkan lapisan perlindungan…










