KUALA LUMPUR: Bermula 1 Mac ini, kira-kira 3.4 juta warga asing tidak lagi boleh membeli minyak masak peket bersubsidi berharga RM2.50, selaras pewartaan larangan di bawah Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961. Ini memberi akses lebih menyeluruh kepada rakyat Malaysia terhadap kuota sebanyak 60,000 tan metrik sebulan bagi subsidi barangan keperluan itu, selain menghapuskan ketirisan. Ia seiring penggunaan aplikasi Sistem Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) yang membolehkan setiap pembelian direkodkan…










